Ekonomi Amerika Syarikat tidak meleset: Biden

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A
WASHINGTON - Ramai ahli ekonomi dan kakitangan perbankan menyatakan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak berada dalam kemelesetan, kata Presiden Joe Biden pada Khamis lapor Sputnik.

"Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan ramai kakitangan perbankan serta ahli ekonomi berkata kami tidak berada dalam kemelesetan," kata Biden di Rumah Putih.

Beliau berkata, kadar pekerjaan baharu yang diwujudkan dalam ekonomi AS dan rekod pengangguran adalah sebanyak 3.6 peratus.

"Ia bukan kemelesetan kepada saya," kata Biden.

Terdahulu pada Khamis, Jabatan Perdagangan AS menyatakan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS menguncup 0.9 peratus pada suku kedua tahun ini selepas penurunan KDNK suku pertama sebanyak 1.6 peratus. Takrifan kemelesetan ialah mempunyai dua perempat pertumbuhan negatif.

Bagaimanapun, menurut pentadbiran Biden angka terbaharu itu berdasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.7 peratus untuk semua tahun 2021 - pertumbuhan terpantas dalam empat dekad selepas penguncupan 3.5 peratus pada 2020 akibat langkah-langkah pandemik Covid-19. - Bernama