[VIDEO] Penghantar makanan didakwa rogol gadis bawah umur

Afiq Yan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini atas kesalahan merogol gadis bawah umur pada Khamis.
Afiq Yan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini atas kesalahan merogol gadis bawah umur pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Seorang penghantar makanan didakwa atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini pada Khamis.

Tertuduh, Afiq Yan Muhammad Farid Yan, 20, didakwa melakukan kesalahan ke atas remaja berusia 15 tahun 11 bulan itu di sebuah hotel di Ipoh kira-kira jam 12.30 pagi pada 16 Julai lalu.

Kes tersebut dituduh di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam Mahajoth Singh.

Tertuduh dibenar untuk diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 9 September depan.

Pada 22 Julai lalu, Sinar Harian melaporkan Polis Perak menahan enam lelaki termasuk remaja selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan dalam kejadian di sini, pada 16 Julai.

Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

@sinarharianonline Apa dah jadi ni? #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#RogolGadisBawahUmur#RemajaRogol original sound - Sinar Harian