10 lagi kematian akibat Covid-19

Daripada 10 kematian terbaharu, empat kes membabitkan kematian di luar hospital yang kesemuanya dilaporkan berlaku di Perak.
Daripada 10 kematian terbaharu, empat kes membabitkan kematian di luar hospital yang kesemuanya dilaporkan berlaku di Perak.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sejumlah 4,503 kes baharu Covid-19 dengan 10 kematian pada Rabu.

Kes yang dilaporkan itu berkurang berbanding sebanyak 4,759 kes pada Selasa yang turut mencatat sembilan kematian.

Menurut data KKM di portal CovidNow, jangkitan baharu tersebut menjadikan jumlah kes harian bertambah ke 4,626,332 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Dengan pertambahan kes baharu itu juga, kes aktif yang direkodkan adalah sebanyak 646 dan keseluruhannya kini berjumlah 46,906 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 45,318 individu kuarantin di rumah, 24 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,505 di hospital.

Seramai 59 pesakit pula ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 29 daripadanya tidak memerlukan alat bantuan pernafasan dan 30 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,847 kes sembuh turut dilaporkan menjadikan kumulatif kesnya kini berjumlah 4,581,365.

Sementara itu, daripada 10 kematian terbaharu, empat kes membabitkan kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang kesemuanya dilaporkan berlaku di Perak.