Beg tangan Coach jadi buruan di kaki lima

coach
coach
A
A
A
MARANG - Bukan semua barang terpakai itu tidak bernilai malah masih boleh untuk menjana pendapatan lumayan kepada seorang remaja yang mengusahakan perniagaan beg terpakai di sini.

Asif Iskandar Zulkarnain, 19, berkata, beg terpakai yang masih kelihatan cantik dan berjenama serta mempunyai nilai sentimental tersendiri mampu mencecah ratusan hingga ribuan ringgit setiap satu.

Menurutnya, kini sasaran pelanggan juga sudah berubah berbanding dahulu kerana semua golongan termasuk mereka yang berkemampuan tidak terkecuali daripada menggunakan barangan terpakai.

"Keadaan ini merancakkan lagi perniagaan saya dan rakan-rakan.

Lebih menguntungkan apabila barangan dijual itu mempunyai jenama dan harganya melambung tinggi kerana menjadi buruan ramai.
Artikel Berkaitan:


"Antara jenama yang menjadi buruan ialah jenama beg terpakai berjenama terkenal seperti Coach, MCM, LV dan banyak lagi jenama terkenal lain," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Rusila, di sini.