Dua warga Rohingya lemas mandi sungai

Anggota bomba menemukan budak lelaki etnik Rohingya yang lemas semasa mandi bersama lapan rakan mereka di Sungai Danga berhampiran perkampungan Orang Asli di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, pada Sabtu.
Anggota bomba menemukan budak lelaki etnik Rohingya yang lemas semasa mandi bersama lapan rakan mereka di Sungai Danga berhampiran perkampungan Orang Asli di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua warga Rohingya lemas semasa mandi di Sungai Danga berhampiran penempatan Orang Asli di Kampung Bakar Batu di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada jam 2 petang, Nojumullah Ahmad, 14, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Mahmod, 11, mandi bersama lapan lagi rakan mereka.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 5.24 pagi Sabtu.

"Mangsa pertama dijumpai pihak bomba semasa membuat 'surface searching' pada jam 9.50 pagi tadi sejauh 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, mangsa kedua ditemukan semasa bomba membuat penyelaman dalam radius 100 meter pada jam 10.35 pagi Sabtu.

"Mangsa kedua dijumpai pada jarak 50 meter dari lokasi terakhirnya lemas.

"Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 11.40 pagi," katanya.