Covid-19: Lebih 30,000 kes harian baharu dalam tempoh seminggu

Sebanyak 30,127 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh seminggu ini (16 Julai -22 Julai 2022) dengan kes mencecah 5,000 pada 16 Julai dan 20 Julai. - Gambar hiasan
Sebanyak 30,127 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh seminggu ini (16 Julai -22 Julai 2022) dengan kes mencecah 5,000 pada 16 Julai dan 20 Julai. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 30,127 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh seminggu ini (16 Julai -22 Julai 2022) dengan kes mencecah 5,000 pada 16 Julai dan 20 Julai.

Jumlah ini berbanding 24,087 kes yang direkod untuk tempoh yang sama (9 Julai - 15 Julai 2022).

Semalam (22 Julai), sebanyak 3,880 kes lagi dilaporkan, menjadikan kes aktif Covid-19 meningkat kepada 48,668 dengan 96.9 peratus (47,139 kes) menjalani kuarantin di rumah.

Kes kumulatif Covid-19 Malaysia kini sebanyak 4,644,115.

Sebanyak 14 lagi kes kematian pesakit Covid-19 dilaporkan semalam termasuk lima kes di Selangor, menjadikan jumlah kes kematian setakat ini sebanyak 35,902.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11.59 malam 22 Julai 2022, Kuala Lumpur mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 1,283 kes.

Lapan buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (857), Perak (326), Negeri Sembilan (252), Sabah (242), Pulau Pinang (201), Melaka (137), Johor (132) dan Kedah (115).

Kes dua angka dilaporkan di Putrajaya (82), Kelantan (69), Pahang (61), Sarawak (52), Terengganu (35) dan Labuan (29).

Perlis mencatat tujuh kes.

Sepanjang Julai 2022 setakat ini, terdapat tiga kali kes harian baharu Covid-19 melepasi angka 5,000 iaitu pada 15 Julai (5,230), 16 Julai (5,047) dan 20 Julai (5,685).

Kali terakhir angka kes lima ribu dilaporkan ialah pada 23 April 2022 iaitu sebanyak 5,624 kes.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 16 Julai hingga 22 Julai 2022:-

16 Julai (5,047), 17 Julai (3,936), 18 Julai (3,080), 1 9 Julai (3,902), 20 Julai (5,685), 21 Julai (4,587) dan 22 Julai (3,880).

Rekod kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 9 Julai hingga 15 Julai 2022:-

9 Julai (2,799), 10 Julai (3,264), 11 Julai (2,417), 12 Julai (2,345), 13 Julai (3,934), 14 Julai (4,098) dan 15 Julai (5,230).

Singapura masih mencatat kes harian baharu Covid-19 yang tinggi sepanjang minggu ini sehingga mencecah lima angka, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-

16 Julai (9,153), 1 7 Julai (6,947), 18 Julai (6,227), 19 Julai (13,794), 20 Julai (10,295), 21 Julai (9,749) dan 22 Julai (8,983).

Sementara itu, sebanyak 2,607 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 11.59 malam 22 Julai 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,559,545 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, KKM melaporkan empat (4) kluster baharu iaitu tiga (3) di Selangor - 22 Julai (1 kluster) dan 19 Julai (2 kluster); Kuala Lumpur - 21 Julai (1 kluster).

Secara keseluruhannya, sebanyak 7,030 kluster dikesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 22 Julai, 15 kluster masih aktif.

Dengan sebanyak 4,644,115 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 26 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19.

Di hadapan Malaysia ialah Austria (4,669,240) dan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,440 kes.

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi sebanyak 180,826 diikuti Amerika Syarikat (106,465) dan Perancis (74,348).

Amerika Syarikat turut mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dengan 1,051,912 kes.

Di samping sub-varian Omicron BA.5 yang dilaporkan mudah merebak, satu lagi sub varian Omicron yang mencetuskan kebimbangan ialah BA.2.75 yang digelar ‘Centaurus’ dan setakat ini dikesan di 10 buah negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia. Jerman dan Kanada.

‘Centaurus’ mula dikesan di India pada awal Mei 2022. Pusat Eropah untuk Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ECDC) menggolongkan ‘Centaurus’ sebagai "varian di bawah pengawalan” sementara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga dilaporkan sedang memantau varian baharu itu.

Data CovidNow KKM setakat pukul 11.59 malam 22 Julai 2022 menunjukkan sebanyak 47,139 kes (96.9 peratus) dikuarantin di rumah daripada 48,668 kes aktif yang dilaporkan.

Sebanyak 32 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,447 kes (3.0 peratus) di hospital; 22 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 28 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan Covid-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

16 Julai (3,770), 1 7 Julai (3,899), 18 Julai (3,399), 19 Julai (2,935), 20 Julai (3,337), 21 Julai (2,652) dan 22 Julai (2,607).

* kes kumulatif sembuh sehingga 22 Julai 2022 sebanyak 4,559,545.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

16 Julai (42,481), 17 Julai (42,511), 18 Julai (42,185), 19 Julai (43,144), 20 Julai (45,484), 21 Julai (47,409) dan 22 Julai (48,668).

Perincian kes harian baharu (3,880):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 22 Julai 2022

* (+kes import)

Empat angka - Kuala Lumpur 1283 (+0).

Tiga angka - Selangor 857 (+0), Perak 326 (+0), Negeri Sembilan 252 (+0), Sabah 241 (+1), Pulau Pinang 201 (+0), Melaka (136 (+1), Johor 128 (+4) dan Kedah (115).

Dua angka - Putrajaya 82 (+0), Kelantan 69 (+0), Pahang 61 (+0), Sarawak 51 (+1), Terengganu 35 (+0) dan WP Labuan 29 (+0).

Satu angka - Perlis 7 (+0).

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

16 Julai - Kes baharu 5,047 ; Kes kumulatif 4,619,045 ; Kes import 3;

17 Julai - Kes baharu 3,936 ; Kes kumulatif 4,622,981 ; Kes import 1;

18 Julai - Kes baharu 3,080 ; Kes kumulatif 4,626,061 ; Kes import 1;

19 Julai - Kes baharu 3,902 ; Kes kumulatif 4,629,963 ; Kes import 4;

20 Julai - Kes baharu 5,685 ; Kes kumulatif 4,635,648; Kes import 2;

21 Julai - Kes baharu 4,587 ; Kes kumulatif 4,640,235; Kes import 11.

22 Julai - Kes baharu 3,880 ; Kes kumulatif 4,644,115; Kes import 7.

Perincian kluster baharu seperti berikut:-

16 Julai - tiada kluster ;

17Julai - tiada kluster

18 Julai - tiada kuster

19 Julai - 2 (kumpulan berisiko tinggi 1 dan pendidikan 1).

Kumpulan Berisiko Tinggi (Kluster Lorong Haji Mughni 2, Klang, Selangor), 24 kes positif;

Pendidikan (Kluster Jalan 17/19, Petaling, Selangor), 5 kes positif.

20 Julai - tiada kluster

21 Julai - 1 (pendidikan 1)

Pendidikan (Kluster Jalan Yahya 6, Titiwangsa, WP Kuala Lumpur), 20 kes positif.

22 Julai - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1).

Kumpulan berisiko Tinggi (Kuster Jalan SS 19/3, Petaling, Selangor), 17 kes positif.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,030 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu.

Setakat semalam (22 Julai), 15 kluster yang masih aktif.

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

16 Julai -4 (BID 1), 17 Julai - 7 (BID 1 ),18 Julai - 7 (BID 3 ), 19 Julai - 8 (BID 1 ), 20 Julai - 8 (BID 5), 21 Julai - 10 (BID 5 ) dan 22 Julai - 14 (BID 3).

*Jumlah kes kematian sehingga 22 Julai 2022, sebanyak 35,902 kes.

Statistik Global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 573,650,478 kes berbanding 566,317,183 kes pada minggu lepas dengan 6,400,978 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,385,778 kematian.

Sebanyak 543,457,188 kes dilaporkan sembuh bebandig 537,645,427 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 92,145,839 (+106,465)

India 43,861,313 (+14,248)

Brazil 33,555,526 (+49,244)

Perancis 33,413,698 (+74,348)

Jerman 30,239,122 (+tiada maklumat)

United Kingdom 23,212,565 (+tiada maklumat)

Itali 20,539,016 (+71,075)

Korea Selatan 19,077,659 (+68,579)

Rusia 18,517,779 (+6,659)

Turkiye 15,524,071 (+tiada maklumat)

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 13 - 10,766,128 (+1,142)

Indonesia di tangga 20 - 6,159,328 (+4,834)

Malaysia di tangga 26 - 4,644,115(+3,880)

Thailand di tangga 27 - 4,570,885 (+2,424)

Filipina di tangga 38 - 3,745,375 (+3,389)

Singapura di tangga 49 - 1,645,092 (+8,983)

Myanmar di tangga 83 - 613,897 (+10)

Laos di tangga 112 - 210,719 (+43)

Brunei di tangga 115 - 193,434 (+1,660)

Kampuchea di tangga 125 - 136,545 (+13)

-------------------------------------------------------------------------

Latar Belakang Covid-19

-- Penularan wabak Covid-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu Covid-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit Covid-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit Covid-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan Covid-19 secara serentak (2 Jan 2022).

- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai "exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai "exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19. - Bernama