X

Kindly register in order to view this article
!

Tangki air percuma untuk Sekolah Pendidikan Khas Melaka

Majlis penyerahan dua buah tangki keluli oleh ADUN Duyong, Damien Yeo kepada Guru Besar SK Pendidikan Khas Melaka, Mohd Zaki Baharom hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Melaka, Semabok di sini berterima kasih di atas sumbangan dua buah tangki air keluli bagi kemudahan sekolah itu.

Ia sumbangan syarikat pengeluar tangki berkenaan, Honesteel Sdn Bhd atas usaha dan inisiatif ADUN Duyong, Damien Yeo serta Jawatankuasa Penyelaras DUN (Japerun) Duyong.

Guru Besar SK Pendidikan Khas Melaka, Mohd Zaki Baharom berkata, pihaknya amat berbesar hati menerima sumbangan berkenaan sebagai ganti tangki PVC sedia ada yang sudah berusia lebih 20 tahun.

"Biarpun tangki sedia ada diselenggara dengan baik, kami percaya dengan kemudahan tangki baharu ini, tahap kebersihan bekalan air di sekolah ini lebih baik.

"Kami berterima kasih di atas inisiatif dan keprihatinan syarikat pembekal terbabit, ADUN kawasan dan Japerun Duyong atas segala sumbangan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan dua buah tangki keluli tersebut yang turut dihadiri Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Ladang, Mohd Adzlan Tompang.

SK Pendidikan Khas Melaka mempunyai seramai 33 murid dari darjah satu hingga tingkatan lima yang kesemuanya mengalami masalah pendengaran.

Selain itu, sekolah tersebut turut mempunyai seramai 25 orang tenaga pendidik dan pentadbir di samping 17 kakitangan sokongan lain.

Sementara itu, Damien berkata, SK Pendidikan Khas Melaka adalah sekolah ketiga di dalam DUN Duyong menerima sumbangan tangki air baharu.

"Sebelum ini kami sudah sumbangkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Yu Ying di Bukit Godek dan SRJKC Siang Lin di Durian Daun.

"Ini atas inisiatif kami bersama syarikat pembekal terbabit dan kami berhasrat untuk menggantikan tangki air semua sekolah dalam DUN Duyong namun ia secara berperingkat," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!