Orkid khas sempena lawatan Sultan Ibrahim ke Singapura

Sultan Ibrahim ( dua dari kanan) menunjukkan orkid, 'Dendrobium Ibrahim Zarith,'. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Ibrahim ( dua dari kanan) menunjukkan orkid, 'Dendrobium Ibrahim Zarith,'. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Singapura telah menamakan satu spesis orkid hibrid, Dendrobium Ibrahim Zarith bersempena dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Taman Botani Singapura telah mempersembahkan orkid itu kepada baginda berdua bersempena lawatan rasmi tiga hari ke republik itu di Istana.

Orkid Dendrobium Ibrahim Zarith merupakan sebuah spesis yang teguh dan berwarna oren, kuning serta dihiasi secara semula jadi dengan garisan putih.

Bunga berkenaan akan dipamerkan di Laman Orkid VIP di Taman Botani Singapura.