Rugi RM6 juta setahun jika teruskan perkhidmatan Ekspres Wau

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak dapat meneruskan perkhidmatan Ekspres Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur kerana berdepan dengan kos operasi yang tinggi.

Pengerusi Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, perkhidmatan itu juga turut menyebabkan KTMB terpaksa berdepan dengan kerugian sebanyak RM6 juta setiap tahun.

"Untuk makluman KTMB tidak dapat meneruskan perkhidmatan Ekspres Wau disebabkan terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi dan berdepan dengan kerugian.

"Selain itu, laluan juga tidak begitu sesuai ketika ini disebabkan KTMB ada menyediakan pilihan tren-tren lain yang boleh menghubungkan ke pantai timur melalui Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Gemas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Amran Arifin (BN-Paloh) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Selasa. - Bernama