Bas kilang terbakar

Video tular memaparkan sebuah bas terbakar di Persiaran Raja Muda Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.
Video tular memaparkan sebuah bas terbakar di Persiaran Raja Muda Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Sebuah bas kilang terbakar di Persiaran Raja Muda Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Zulfikar Jaffar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.16 petang.

"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi kejadian.

No Image Caption

"Sebaik tiba, kami mendapati sebuah bas kilang terbakar 40 peratus di lokasi berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tambahnya, tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pada Ahad, tular video berdurasi satu minit 54 saat yang memaparkan berkaitan kejadian tersebut.

Kenderaan tersebut kelihatan berasap sebelum melanggar belakang sebuah kereta jenis Perodua Kancil, kemudian terbabas di hadapan sebuah kedai.