Masih banyak perkara perlu diperbaiki United

Varane
Varane
A
A
A

PERTAHANAN Manchester United, Raphael Varane akui banyak aspek yang perlu dipertingkatkan ketika dibawah kendalian pengurus baharu, Erik ten Hag.

Menurut Varane, antara aspek yang perlu dipertingkatkan termasuklah dari segi kecergasan memandangkan corak taktikal yang diterapkan ten Hag memerlukan pemainnya untuk beraksi dengan lebih agresif.

Dia percaya, sekiranya aspek tersebut berjaya dipertingkatkan, tidak mustahil untuk United sekali lagi menjadi kuasa besar di Eropah.

“Pengurus (ten Hag) telah menerangkan dengan baik apa yang perlu kami lakukan dan ia benar-benar jelas.

“Jadi kami tahu kami perlu sangat cergas kerana corak permainan yang diterapkan adalah cara bermain yang sangat fizikal.

“Kami ada impian untuk musim ini tetapi yang penting, kami perlu bekerja dengan lebih keras berbanding sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, United pada musim lalu dilihat agak bergelut dengan kegagalan melayakkan diri Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) selain menamatkan musim tanpa sebarang trofi.

Bagaimanapun setelah ten Hag dilantik, sebagai pengganti tetap kepada pengendali sementara, Ralf Rangnick, beberapa perubahan dapat dilihat dalam pasukan tersebut.