Galtier tidak sabar kendalikan PSG

Galtier
Galtier
A
A
A

BEKAS pengurus OGC Nice,Christophe Galtier dilantik menjadi pengendali Paris Saint Germain (PSG) bagi menggantikan Mauricio Pochettino.

Jurulatih berusia 55 tahun itu, bersetuju untuk menandatangani kontrak selama dua tahun yang akan menyaksikan beliau mungkin akan kekal di Parc des Princes sehingga musim panas 2024.

“Saya gembira dapat menyertai Paris Saint-Germain. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi, Luis Campos dan kelab atas keyakinan mereka terhadap saya.

“Saya sedar ia bukan satu tugas mudah untuk melatih pasukan yang hebat seperti PSG ini yang merupakan salah satu skuad paling kompetitif dan hebat di Eropah.

“Bagaimanapun, saya cuba sedaya upaya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini,” katanya.

Untuk rekod, Galtier merupakan pengurus ketujuh dilantik Nasser sejak mengambil alih kelab itu pada tahun 2011.

Selain pernah mengendalikan Nice, Galtier juga pernah melatih satu lagi pasukan Ligue 1 iaitu Lille yang menyaksikan dia membawa kelab itu menjadi juara liga pada musim 2020-2021.