Banjir di Baling: Kerajaan perlu ambil tindakan segera

 Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan mengambil tindakan segera berhubung insiden banjir yang berlaku di Baling, Kedah.

Beliau turut mengingatkan pihak berwajib agar tidak mengulangi kesilapan lalu apabila lambat bertindak dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

“Banjir kilat kini melanda daerah Baling di Kedah.

Saya gesa tindakan pantas diambil bagi membantu mereka yang terkesan.

“Usah ulangi episod lalu di mana kerajaan gagal berfungsi dan lambat menyampaikan bantuan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Pada Isnin, hujan lebat selama tiga jam telah menyebabkan berlakunya insiden kepala air serta banjir membabitkan 11 kampung di daerah Baling.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.

Setakat ini, tiga sekeluarga yang dilaporkan dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir di Kampung Iboi iaitu seorang wanita hamil dan ibu mentuanya serta seorang remaja telah ditemui.