Suspek bunuh isteri, bayi negatif dadah

Raub, Laporan Sinar Harian semalam.
Raub, Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan suspek yang disyaki membunuh isteri dan bayinya di Kampung Bakar Batu di sini bukan di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ujian saringan awal air kencing sudah dilakukan dan keputusannya adalah negatif.

"Hasil pemeriksaan awal, kami dapati suspek bukan di bawah pengaruh (dadah) dan masih menyiasat motif kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Ditanya sama ada suspek mengalami kemurungan atau tekanan hidup, Raub memberitahu, perkara itu belum dapat disahkan.

Pada Isnin, suspek yang bekerja sebagai pencuci kapal dilaporkan berjaya ditahan polis di Permas Jaya kira-kira jam 2.45 petang selepas videonya menunggang motosikal dalam keadaan bogel tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: