Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BURSA Malaysia dibuka tinggi pada Selasa berikutan minat belian yang sederhana di pasaran meluas.

Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 3.64 mata kepada 1,441.16 daripada 1,437.52 sewaktu ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka tinggi 4.35 mata kepada 1,441.87.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 berbanding 156, manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,633 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 303.98 juta unit bernilai RM125.26 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam nota hari ini berkata, beliau menjangkakan terdapatnya beberapa pengumpulan terpilih memandangkan indeks penanda aras bergerak dalam lingkungan sokongan semasanya.

"Oleh itu, kami menjangka indeks itu akan bergerak pada sekitar 1,430-1,450 hari ini, namun, saham perladangan mungkin terkesan akibat impak kejatuhan harga minyak sawit mentah yang merosot kepada RM4,460 satu tan disebabkan Indonesia telah meningkatkan kuota eksportnya,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM4.41, CIMB menokok satu sen kepada RM5.04 dan TNB naik lima sen kepada RM7.96, manakala Maybank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM8.60 dan RM6.43, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM9.10 dan Axiata jatuh satu sen kepada RM2.72.

Orgabio yang baru disenaraikan di pasaran ACE menambah tiga sen atau 9.68 peratus kepada 34 sen dengan 1.20 juta unit diniagakan.

Bagi saham aktif, AHB Holdings meningkat setengah sen kepada 13.5 sen, Metronic dan Widad masing-masing tidak berubah pada 9.5 sen dan 36.5 sen, manakala Opcom jatuh 3.5 sen kepada 79.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 29.85 mata kepada 10,255.89, Indeks FBM Emas Syariah menokok 36.59 mata kepada 10,390.36, FBM 70 menambah 54.83 mata kepada 12,348.86, Indeks FBMT 100 meningkat 29.76 mata kepada 10,003.72 dan FBM ACE susut 43.46 mata kepada 4,673.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok kepada 21.77 mata kepada 16,061.58, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.37 mata kepada 180.57 dan Indeks Perladangan mengukuh 42.88 mata kepada 6,933.47. - Bernama