1,918 kes baharu Covid-19, lapan kematian

Seramai 1,172 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 44 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail Bernama
Seramai 1,172 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 44 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,918 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan.

Bagaimanapun tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Justeru, jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 35,784 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 29,382 kes, dengan 28,140 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 26 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,172 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 44 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 24 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 20 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Isnin ialah 2,321 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,510,643 kes.