Keputusan SVM, PASM keluar esok

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminda tarikh peperiksaan utama ke tahun depan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminda tarikh peperiksaan utama ke tahun depan.
A
A
A
PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2021 dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada Isnin (4 Julai).

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut LP, slip keputusan peperiksaan bagi calon SVM Semester 4 dan pelaporan PASM bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh diperoleh dari kolej vokasional atau sekolah masing-masing mulai 10 pagi Isnin. - Bernama