Bangunkan semula rumah Mat Kilau sebagai tarikan pelancongan

Rumah Mat Kilau di Batu Lima Jalan Gambang yang dicadangkan untuk dibangunkan semula sebagai bahan sejarah.
Rumah Mat Kilau di Batu Lima Jalan Gambang yang dicadangkan untuk dibangunkan semula sebagai bahan sejarah.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang dan syarikat Produksi Studio Kembara disyorkan supaya membangunkan semula rumah peninggalan tokoh pahlawan Mat Kilau di Pulau Tawar, Jerantut dan Batu Lima Jalan Gambang, di sini.

Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata, pembinaan semula kediaman Mat Kilau di dua lokasi itu dilihat sebagai usaha untuk menjadikan produk pelancongan yang mempunyai nilai sejarah kepada negara ini.

Beliau berpendapat sudah tiba masanya Kerajaan Pahang mahupun mana-mana pihak membangunkan semula peninggalan sejarah tokoh itu dan bukan sekadar berbangga melalui filem semata-mata.

"Saya lihat kedua-dua rumah milik Mat Kilau sudah lama terbiar dan ditelan dek zaman. Di Kampung Kedondong, Pulau Tawar iaitu rumah kelahiran Mat Kilau hanya terdapat papan tanda dan tapak rumahnya sahaja.