4 maut pesawat perubatan terhempas di Argentina

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

BUENOS AIRES - Empat penumpang terbunuh selepas sebuat pesawat perubatan terhempas di lapangan terbang di bandar Rio Grande, selatan Argentina pada Jumaat, lapor Xinhua, memetik Agensi Berita Telam.

Mereka yang maut terdiri dua juruterbang, seorang jururawat dan seorang doktor.

Pesawat Learjet 35A, terhempas sejurus berlepas pada 2.36 petang waktu tempatan (1736 GMT), dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang pesakit ke Rio Grande.

"Pesawat itu terhempas di kawasan Pangkalan Udara Tentera Laut, kira-kira 1,000 meter dari kawasan kediaman, sebelum terbakar,” lapor Telam.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas. - Bernama