Sampaoli letak jawatan sebagai pengurus Marseille

Sampaoli
Sampaoli
A
A
A

BEKAS jurulatih pasukan kebangsaan Argentina, Jorge Sampaoli meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Ligue 1, Olympique Marseille (OM) atas persetujuan bersama.

OM dalam satu kenyataan memaklumkan, kelab itu berterima kasih dengan segala jasa dan sumbangan yang diberikan Sampaoli sepanjang melatih kelab berkenaan.

“OM berterima kasih dengan segala jasa dan sumbangan Sampaoli sepanjang mengendalikan kelab ini.

“Selepas 16 bulan bekerjasama bersamanya, dia berjaya membawa kelab ini ke satu tahap yang lain selain berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, difahamkan Sampaoli melepaskan jawatan itu disebabkan tidak berpuas hati dengan aktiviti perpindahan pemain yang dilakukan pihak pengurusan OM.

Untuk rekod, Sampaoli yang dilantik bagi mengendalikan OM pada Februari berjaya membantu kelab tersebut menamatkan saingan Ligue 1 di kedudukan kedua.

Selain itu, beliau juga berjaya membawa Marseille kembali beraksi di Liga Juara-Juara selepas kali terakhir beraksi di pentas tertinggi Eropah pada musim 2020-2021.