Manchester City tambah kekuatan

Ortega
Ortega
A
A
A

PENJAGA gol baharu Manchester City, Stefan Ortega menyifatkan impian menjadi kenyataan apabila berjaya melengkapkan perpindahan ke Stadium Etihad bersama-sama penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Sejujurnya ini merupakan perpindahan yang fantastik buat masa depan karier bola sepak saya.

Manchester City merupakan pasukan yang luar biasa kerana memiliki para pemain kelas dunia yang berkualiti dalam setiap bahagian.

“Sesungguhnya apabila diberikan peluang menyertai sekumpulan pemain yang mempunyai mentaliti menang, secara tidak langsung membantu mengembangkan impian saya,” kata Ortega.

Ortega berkemungkinan menggantikan penjaga gol Amerika Syarikat, Zack Steffen, yang dilaporkan menyertai kelab Liga Kejuaraan Middlesbrough secara pinjaman dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak minit perlawanan untuk pasukan kebangsaan menjelang Piala Dunia Qatar 2022.

Untuk rekod, Ortega adalah pembelian kedua City dalam jendela perpindahan selepas ketibaan Erling Haaland dari Borussia Dortmund.