Sepang catat 438 kes demam denggi

10 lokaliti wabak denggi aktif dengan jumlah kumulatif sebanyak 438 kes direkodkan pada minggu epid 24 bagi daerah Sepang.
10 lokaliti wabak denggi aktif dengan jumlah kumulatif sebanyak 438 kes direkodkan pada minggu epid 24 bagi daerah Sepang.
A
A
A

SEPANG - Sebanyak 10 lokaliti wabak denggi aktif dengan jumlah kumulatif sebanyak 438 kes direkodkan pada minggu epid 24 bagi daerah Sepang.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Zulnaidy Zulkifli berkata, lokasi 'panas' wabak di daerah itu meliputi Kampung Baru Dengkil, Apartmen Cempaka Bukit Puchong 2 dan Taman Permata manakala wabak baharu dikesan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda.

"Wabak terkawal pula di Taman Mawar C, Kg Sg Merab Luar, Tiara Height, Tmn Intan, Apt Ruvena Villa Putra Perdana dan Ceria Residences Cyberjaya

"Sebanyak 38 kes demam denggi telah didaftarkan pada minggu epid 21, diikuti minggu epid 22 (25 kes), minggu epid 23 (42 kes) dan minggu epid 24 dengan 37 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes demam denggi di daerah Sepang pada tahun 2022 sebanyak 438 kes," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menerusi kenyataan itu, beliau menyeru kerjasama masyarakat untuk memastikan tiada pembiakan aedes di kawasan sekeliling rumah dengan mengamalkan pemeriksaan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu.

"Aktiviti memeriksa dan menghapuskan pembiakan aedes perlu dipertingkat terutama ketika cuaca yang tidak menentu ketika ini.

"Sesungguhnya, masa yang diluangkan hanya 10 minit untuk menghapuskan aedes ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang yang kita sayangi," katanya.

Artikel Berkaitan: