Arsenal perlu ganti White dengan Saliba

Reaksi pemain Arsenal, Martin Odegaard (kiri) dan White selepas kekalahan 0-2 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle, baru-baru ini. - Foto AFP
Reaksi pemain Arsenal, Martin Odegaard (kiri) dan White selepas kekalahan 0-2 kepada Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park, Newcastle, baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

ARSENAL perlu menggugurkan Ben White sekiranya kelab utara London itu mahu memperbaiki kelompongan segera bahagian pertahanan menjelang sepak mula saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurut bekas penyerang England, Gabby Agbonlahor, pengendali Arsenal, Mikel Arteta juga seharusnya merekrut semula William Saliba yang dipinjamkan kepada kelab Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille sebelum ini.

Jelas Agbonlahor, bekas pembantu Pep Guardiola di Manchester City itu perlu bijaksana memanfaatkan peluang semasa prestasi Saliba berada tahap terbaik ketika menyarung jersi Les Phocéens musim lalu.

“Sebaiknya berdasarkan prestasi semasa Saliba ketika menyarung jersi Olympique Marseille, adalah lebih baik dia dijadikan sebagai pemain utama The Gunners.

Saliba belum pun memiliki minit permainan bersama Arsenal sejak dibeli dari Saint-Etienne dengan harga 27 juta pound pada 2019.

“Situasi pertahanan tengah Arsenal dikendali White benar-benar mengerikan dalam beberapa perlawanan musim lalu,” katanya.

White yang juga pemain pertahanan England merupakan tonggak utama pertahanan Gunners yang digandingkan bersama rakan pertahanan tengah Gabriel Magalhaes pada musim lalu selepas dibeli dari Brighton & Hove dengan harga 50 juta pound pada musim panas lalu.

Biarpun dalam kalangan para penyokong Arsenal teruja kehadiran pemain berusia 24 tahun itu berjaya menstabilkan bahagian penting The Gunners namun pemain tersebut terpalit dengan persembahan penghujung musim yang buruk iaitu dia menyumbang kepada keciciran kelab London tersebut ke Liga Juara-Juara apabila menyumbat gol sendiri ketika tewas 0-2 kepada Newcastle United di St James's, Park pada 16 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Marseille tidak menghadapi masalah untuk layak ke kejuaraan kelab elit Eropah selepas mengakhiri saingan dengan status naib juara Ligue 1 kepada Paris Saint-Germain - sebahagian besarnya sumbangan Saliba.

Pemain pertahanan tengah itu juga merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik Ligue 1 atas usahanya, mendorong Arteta menegaskan hasratnya memasukkan pemain berusia 21 tahun itu dalam rancangan pasukan utamanya musim depan.

Kata Agbonlahor, persembahan Saliba bersama Marseille musim lalu amat mengagumkan terutama kepantasan menyaingi para penyerang pasukan lawan.

“Saliba sangat pandai membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat berbanding White kurang rentak, dia kurang agresif. Ya, White bagus dalam penguasaan bola tetapi dia bukan pemain tengah bertahan, dia pemain tengah.

“Arsenal memerlukan dua pemain tengah yang bukan biasa-biasa sebaliknya pemain yang mempunyai kepantasan untuk berada dalam kelompok empat terbaik.

Saya menyaksikan aksi White ketika menentang Newcastle dan dia benar-benar mengerikan. Gabriel dan Saliba akan menjadi pemain permulaan saya musim depan,” katanya.