SSMZA: Kenal pasti punca tempat duduk penonton ditakungi air

Gambar tular di media sosial menunjukkan tempat duduk penonton di Stadium Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badakmdigenangi air. Foto: Ihsan pembaca
Gambar tular di media sosial menunjukkan tempat duduk penonton di Stadium Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badakmdigenangi air. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KUALA NERUS - Pengurusan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak mengenal pasti punca tempat duduk penonton ditakungi air ketika aksi Liga Super pertemuan antara Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan pada malam Rabu.

Bahagian Infrastruktur dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam kenyataan pada Khamis berkata, tindakan susulan akan segera diambil berhubung masalah itu.

"Bagi masalah air bertakung yang tular di media sosial, ia berlaku di tempat duduk penonton pelawat. Pentadbiran ini telah mengenal pasti permasalahan dan tindakan susulan akan segera dibuat.

"Pihak pengurusan berusaha ke arah yang lebih baik bagi menyelenggarakan padang,masih ada lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa," jelas kenyataan itu.

Keadaan cuaca buruk yang melanda ketika aksi Liga Super antara Terengganu FC (TFC) menentang Negeri Sembilan malam tadi memaksa perlawanan itu dihentikan selama sejam.

Hujan lebat yang menyebabkan kawasan tempat duduk penonton di SSMZA ditakungi air sehingga paras paha dan tular di media sosial.

Gambar yang dimuatnaik itu dipercayai melibatkan tempat duduk penyokong pelawat yang diduduki penyokong Negeri Sembilan di sebelah utara stadium berkenaan.