Pihak berkuasa hanya tutup mata?

Tarrant didakwa memuat naik gambar Masjid al-Noor dua hari sebelum melancarkan serangan ganas tersebut.
Tarrant didakwa memuat naik gambar Masjid al-Noor dua hari sebelum melancarkan serangan ganas tersebut.
A
A
A

SYDNEY - AUSTRALIA. Pengganas warga Australia yang melancarkan serangan berdarah di New Zealand didakwa memuat naik gambar salah sebuah masjid yang menjadi sasarannya di akaun Facebook, dua hari sebelum tragedi menggemparkan itu berlaku.

Penemuan itu mencetuskan persoalan baru sama ada agensi keselamatan dan polis mungkin tahu tentang serangan ganas yang akan berlaku.

Gambar Masjid al-Noor di Christchurch itu dimuat naik pada jam 8 pagi (waktu tempatan) pada 13 Mac lalu dari akaun Brenton Tarrant.

Ia memaparkan imej superimpose masjid tersebut selain kolaj yang seakan mempersendakan Islam.

Imej menggambarkan al-Noor itu jelas menunjukkan sikap tidak menyenangkan pelampau haluan kanan terbabit malah Tarrant turut menyokong gambar kebakaran Pusat Islam Victoria di Texas yang diserang pada 2017 dan disebut sebagai jenayah kebencian.

Akaun media sosial pengganas kulit putih itu bagaimanapun dipadamkan tidak lama selepas serangan yang meragut 50 nyawa pada 15 Mac lalu.

Salah seorang pengasas masjid itu, Prof Hanif Quazi berkata, ia agak mengelirukan kerana ancaman dibuat pengganas terbabit tidak mencetuskan sebarang amaran awal.

"Ia agak mengejutkan sesuatu seperti ini telah berlaku dan tiada siapa menyedarinya. Dalam populasi empat juta penduduk, tiada siapa sedar perkara kejam seperti ini akan berlaku. Ia sememangnya pelik," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, masyarakat hanya mengambil sikap terlalu mudah dan memandang remeh ancaman dibuat pelampau kulit putih yang semakin meningkat. - Abc.net.au