Jenazah tiga beranak selamat dikebumikan satu liang lahad

Jenazah tiga beranak berkenaan selamat dikebumikan satu liang lahad pada jam 5.45 petang pada Ahad.
Jenazah tiga beranak berkenaan selamat dikebumikan satu liang lahad pada jam 5.45 petang pada Ahad.
A
A
A

ALOR SETAR - Jenazah tiga beranak yang lemas selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang Sabtu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Masjid Az- Zaitun Kampung Lengkuas di sini pada Ahad.

Lebih 200 orang sanak saudara dan penduduk kampung turut serta dalam upacara pengebumian yang selesai pada jam 5.45 petang itu.

Sebelum itu, jenazah Masyitoh Ibrahim, 37, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, tiba di rumah keluarga di Kampung Paya Kerchut, Bukit Pinang di sini pada jam 4.05 petang dengan menaiki dua buah ambulans dari Hospital Kulim.

Ketiga-tiga jenazah tiba di Masjid Az- Zaitun Kampung Lengkuas di sini pada Ahad.
Ketiga-tiga jenazah tiba di Masjid Az- Zaitun Kampung Lengkuas di sini pada Ahad.

Ketiga-tiga jenazah kemudiannya dibawa ke masjid untuk disolatkan pada jam 5.07 petang. Turut kelihatan suami Masyitoh, Sharudin Aziz, 51, dan anak sulung mereka Muhammad Ziyad Hadis, 10 tahun.

Suami Masyitoh, Sharudin Aziz, 51, (tiga dari kanan) merangkul anak sulung mereka Muhammad Ziyad Hadis, 10, ketika menyaksikan upacara pengebumian.
Suami Masyitoh, Sharudin Aziz, 51, (tiga dari kanan) merangkul anak sulung mereka Muhammad Ziyad Hadis, 10, ketika menyaksikan upacara pengebumian.

Dalam kejadian pada jam 6.42 petang Sabtu, mangsa yang memandu kenderaan jenis Proton Persona dikatakan terbabas ketika melalui Jambatan Datuk Syed Omar yang merupakan sempadan daerah Kuala Muda dan Baling.

Kenderaan mangsa berjaya ditarik naik pada jam 3.30 pagi dan ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan berpelukan di bahagian belakang kereta.