Bale sertai LA FC

Bale menyertai LA FC selepas secara percuma selepas dilepaskan Real Madrid.
Bale menyertai LA FC selepas secara percuma selepas dilepaskan Real Madrid.
A
A
A

KAPTEN Wales, Gareth Bale bersetuju untuk menyertai kelab Major League Soccer, Los Angeles FC secara percuma.

Perkembangan itu disahkan pemain sayap itu sendiri dalam satu hantaran di laman Twitternya yang memberitahu perancangannya untuk menyertai LAFC.

“Jumpa anda nanti, Los Angeles,” tulis pemain itu sambil berkongsikan dirinya memakai topi dan jersi LAFC.

Menurut beberapa laporan media, difahamkan ESPN Bale akan terbang ke Los Angeles pada hujung minggu depan untuk menandatangani perjanjian hingga tamat musim ini dengan pilihan untuk tambahan setahun.

Selain Bale, LAFC turut menandatangani legenda Juventus, Girogio Chiellini, menjelang jendela perpindahan MLS bulan depan.

Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini dilepaskan Real Madrid selepas menghabiskan sembilan tahun bersama gergasi Sepanyol itu.

Selepas dilepaskan, Bale berhasrat untuk mencari pasukan baru selepas kontraknya bagi membantu dirinya cergas bagi membantu Wales di Piala Dunia Qatar hujung tahun ini.

Wales diundi bertemu Amerika Syarikat dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Dunia.

Untuk rekod pemain Wales itu menjaringkan 139 gol dalam liga serta 39 gol dalam 106 aksi di peringkat antarabangsa.