X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Bigpay patuh syariah menjelang akhir tahun

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes bergambar bersama buku autobiografi beliau bertajuk 'Terbang Tinggi' pada Pameran Buku Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Buku yang diterbitkan oleh Kumpulan Buku Karangkraf itu boleh didapati pada harga RM35 di KLIBF 2019 dan akan mula dijual di semua kedai buku utama bulan hadapan. -Foto Bernama
A
A

AIRASIA Group Bhd menyasarkan aplikasi e-wang, Bigpay, mematuhi prinsip Syarikah menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes berkata pada masa ini sebahagian besar urusan kewangan syarikat penerbangan itu adalah berasaskan perbankan Islam, dan berharap Bigpay akan mengguna pakai sistem itu tidak lama lagi.

"Kami kini dalam peringkat awal melaksanakannya dan berharap kami dapat merealisasikannya menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Mengenai sama ada AirAsia berminat untuk mengambil alih Malaysia Airlines Bhd (MAB), Tony berkata beliau mahukan saingan sihat dalam industri penerbangan tempatan.

"Satu syarikat penerbangan saja tidak baik dalam pasaran. MAB ialah syarikat penerbangan premium manakala AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang rendah. Kedua-duanya mempunyai pasaran sasaran yang berbeza," katanya.

Beliau berkata tidak mengapa untuk menanggung kerugian kerana peluang sentiasa ada untuk kembali mencatat keuntungan, menerusi bantuan pengurusan yang tepat.

"Semasa kami mula-mula mengambil alih AirAsia pada 2001, kami banyak menanggung hutang, sekarang kami membuat keuntungan, semuanya boleh berubah," katanya.

Terdahulu, Tony melancarkan autobiografinya ‘Terbang Tinggi’, versi Bahasa Malaysia bagi ‘Flying High’, yang diterbitkan oleh Karangkraf.

Beliau berharap orang ramai memperoleh inspirasi untuk mencapai impian kerana tidak ada yang mustahil, selain tidak boleh takutkan kegagalan.

"Buku saya bukan sahaja mengenai kejayaan, malah terdapat banyak kegagalan. Anda hanya ada satu hayat. Maksimumkannya kerana anda tidak pernah tahu bila hari terakhir anda," katanya. - Bernama

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes bersama Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Dr Husammuddkn Yaacub merakamkan gambar bersama sewaktu pelancaran buku berkenaan. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes bersama Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Dr Husammuddkn Yaacub merakamkan gambar bersama sewaktu pelancaran buku berkenaan. FOTO SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!