X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

‘Saya tidak pernah minta Malaysia tuntut tanah yang telah hilang’

Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa laporan beliau meminta Malaysia menuntut Singapura dan Kepulauan Riau adalah tidak tepat.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menjelaskan, beliau tidak pernah meminta negara ini menuntut tanah yang telah hilang.

“Saya cuba membangkitkan bahawa kita sangat bimbang kehilangan batu bersaiz meja tetapi tidak pernah (memikirkan) mengenai bahagian yang lebih besar tentang Malaysia apabila mereka mengambilnya daripada kita.

“Kehilangan Batu Puteh bukan masalah besar. Adalah menjadi kesilapan kerajaan Johor untuk menafikan bahawa batu itu kepunyaan Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik Dr Mahathir menyatakan Singapura pernah dimiliki oleh Johor dan negeri berkenaan sepatutnya menuntut Singapura dikembalikan semula kepada Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, orang ramai seharusnya bersyukur kerana Mahkamah Dunia telah menganugerahkan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan kepada Malaysia.

“Ia jauh lebih berharga daripada Batu Puteh, hanya singkapan batu. Kita patut bersyukur kerana Indonesia tidak mempertikai penganugerahan tersebut,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!