Lubang benam di jalan raya tenggara London

Lubang benam terbentuk di sebatang jalan raya di tenggara London pada Selasa. - Foto UkNewsinPictures
Lubang benam terbentuk di sebatang jalan raya di tenggara London pada Selasa. - Foto UkNewsinPictures
A
A
A

WHOPPING - Lubang benam sedalam lebih empat meter telah 'menelan' sebuah motosikal di sebatang jalan raya di tenggara London pada Selasa.

Penduduk tempatan yang ketakutan selepas jalan itu tiba-tiba runtuh telah memanggil anggota polis dan bomba untuk bantuan.

Bagaimanapun penunggang motosikal itu berjaya menyelamatkan diri selepas terbabas ke dalam lubang tersebut.

Perkhidmatan kecemasan turut dipanggil ke tempat kejadian di Martens Avenue di Bexleyheath sebelum jam 9 malam waktu tempatan.

Setakat ini punca kejadian itu masih tidak diketahui.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan kediaman. - Agensi