Pope Francis perkenal undang-undang penderaan kanak-kanak

Pope Francis
A
A

VATICAN CITY - VATICAN. Pope Francis, semalam mengeluarkan undang-undang penderaan kanak-kanak terhadap kakitangan Vatican City sebagai sebahagian daripada usaha gereja untuk menangani gelombang salah laku seksual melibatkan paderi.

Undang-undang itu memerlukan pegawai dan kakitangan Vatican City dan Roman Curia, pentadbiran pusat gereja katolik melaporkan sebarang salah laku seksual ke atas kanak-kanak atau bakal didenda atau dihukum penjara jika gagal berbuat demikian.

Di bawah peraturan baharu itu, sesiapa yang disabit bersalah akan dipecat.

Selain itu, perkhidmatan baharu juga akan ditubuhkan untuk menyediakan sokongan perubatan, psikologi dan sosial.

Menerusi dekri dikeluarkan Francis itu, beliau memberitahu ia adalah tanggungjawab semua pihak untuk mengalu-alukan kanak-kanak dan mewujudkan persekitaran yang selamat kepada mereka.

Sebelum ini, garis panduan gereja dalam menangani kes serangan seksual tidak melibatkan pegawai dan kakitangan Vatican City atau Curia. - AFP