1,921 kes baharu, dua kematian akibat Covid-19 pada Selasa

Sebanyak 1,921 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Selasa. - Gambar hiasan
Sebanyak 1,921 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak dua kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 35,737 kes selepas negara mencatatkan sifar kematian akibat virus berkenaan pada Ahad.

Menurut portal CovidNow Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baharu Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 1,921 kes yang mana 1,807 terdiri daripada kes tempatan, manakala 114 lagi kes import.

Dalam pada itu, data tersebut juga menunjukkan sebanyak 25,155 kes aktif.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 25,059 atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 15 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 1,052 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan seramai 29 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Ini melibatkan 20 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 9 lagi memerlukan mesin ventilator.

Bagaimanapun, kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 1,716 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,482,734 kes.