Verstappen buru kemenangan ke-26

Verstappen mahu kukuhkan kedudukan dirinya serta pasukan dengan memenangi GP Kanda pada Isnin. - Foto AP
Verstappen mahu kukuhkan kedudukan dirinya serta pasukan dengan memenangi GP Kanda pada Isnin. - Foto AP
A
A
A

JUARA dunia, Max Verstappen berhasrat untuk memburu kemenangan ke-26 di sepanjang kariernya pada perlumbaan Grand Prix (GP) Kanada di Litar Gilles Villeneuve Montreal, Quebec pada Isnin.

Menurut Verstappen, dia yakin mampu merealisasikan hasrat berkenaan apabila sekali lagi memulakan perlumbaan pada petak pertama.

“Terus terang saya akui mahu memenangi perlumbaan kali ini dan melebarkan kemenangan saya kepada 26 kemenangan di sepanjang karier.

“Selain membantu mengukuhkan kedudukan saya, kemenangan ini juga akan membantu mengukuhkan lagi kedudukan pasukan.

“Oleh itu, saya akan memberikan yang terbaik pada perlumbaan itu nanti dan seterusnya merealisasikan kemenangan yang saya harap-harapkan itu,” katanya.

Untuk rekod, Verstappen bakal memulakan perlumbaan pada grid pertama setelah merekodkan pusingan terbaik dengan catatan masa 1 minit 21.229 saat pada aksi kelayakan.

Verstappen.
Verstappen.

Sementara itu, Verstappen mengakui teruja apabila bakal memulakan perlumbaan di GP Kanada pada Isnin bersebelahan dengan pelumba Alpine, Fernando Alonso.

Menurut Verstappen, sudah agak lama dia tidak memulakan perlumbaan bersebelasahan dengan pelumba berpengalaman yang diminatinya sejak kecil itu dan situasi kali ini membuatkannya benar-benar teruja dan tidak sabar untuk memulakan perlumbaan.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama kami berlumba bersama, cuma sudah agak lama tidak berlumba bersebelahan dengannya.

“Lagi pun, ketika kecil, saya sering menyaksikan Alonso beraksi dan kali ini saya berpeluang untuk memulakan perlumbaan bersama dengannya.

“Apa pun, saya tetap menghormatinya sebagai salah seorang pelumba handalan dan bagi saya dia mampu untuk melakukan sesuatu pada perlumbaan esok (Isnin),” katanya.