Seorang maut, dua parah

Seorang pemandu maut manakala dua lagi cedera parah apabila mereka tersepit selepas lori dinaiki merempuh sebuah treler di Kilometer 245.3 Lebuh raya Plus.
Seorang pemandu maut manakala dua lagi cedera parah apabila mereka tersepit selepas lori dinaiki merempuh sebuah treler di Kilometer 245.3 Lebuh raya Plus.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pemandu lori maut dan dua parah dalam kemalangan di Kilometer 245.3 Lebuhraya Utara Selatan (Plus), arah utara di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang maut, Norman Nabil Hakim, 19, manakala pemandu kedua, Mohd Hafifi, 25 dan kelindan, Mohd Azzuan Sairi, 30, parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, kemalangan berkenaan membabitkan lori membawa muatan perabot dan lori treler dengan muatan tanah.

"Norman Nabil yang memandu lori perabot ditemani pemandu kedua dan kelindan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh belakang lori treler yang sedang bergerak di lorong kiri.

“Kejadian itu mengakibatkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan pemandu lori meninggal di lokasi,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, dua lagi cedera parah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut manakala pemandu trelar berusia 52 tahun tidak cedera.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: