Lepas gian di tepi bendang

27 penagih dadah termasuk warga emas ditahan di sebuah tapak kilang yang dijadikan port melepaskan gian.
27 penagih dadah termasuk warga emas ditahan di sebuah tapak kilang yang dijadikan port melepaskan gian.
A
A
A

SUNGAI DUA - Seramai 27 mat gian ditahan dalam Op Sarang yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua lelaki tersebut ditahan ketika serbuan di sebuah tapak kilang di tepi sawah Kampung Permatang Tok Jaya, Pekan Darat di sini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun dalam operasi yang bermula jam 7 pagi hingga 6 petang itu.

"Bertindak atas maklumat, kita menyerbu sebuah port menghisap dadah. Mereka yang ditahan bekerja sebagai buruh dan ada juga penganggur.

"Hasil pemeriksaan, kita merampas 2.4 gram heroin, 0.2 gram syabu dan 250 mililiter air ketum. Kesemua ini kita rampas dari 14 darilada 27 penagih yang ditahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, siasatan mendapati dadah tersebut untuk kegunaan sendiri dan nilai keseluruhan dianggarkan bernilai RM130.

"Ujian saringan air kencing kesemua suspek didapati positif morfin dan methamphetamine. Mereka ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Semua yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: