Hujan lebat akibatkan banjir kilat, pokok tumbang

Anggota bomba sedang mengalihkan dahan pokok yang menghempap sebuah kereta dalam kejadian di Sungai Jerlok, Kajang di sini pada petang Isnin.
Anggota bomba sedang mengalihkan dahan pokok yang menghempap sebuah kereta dalam kejadian di Sungai Jerlok, Kajang di sini pada petang Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Hujan lebat serta angin kuat di beberapa kawasan di negeri ini mengakibatkan sebuah rumah dinaiki air dan sebuah kereta rosak dihempap pokok dalam kejadian pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kejadian banjir kilat melibatkan sebuah rumah di Taman Tasik Tambahan, Pandan.

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.10 petang melibatkan sebuah rumah susulan hujan lebat dan saliran longkang tersumbat sekali gus mengakibatkan banjir kilat.

"Banjir kilat dengan kedalaman 0.15 meter telah memasuki bahagian dapur rumah itu, bagaimanapun tiada proses perpindahan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, sebuah kereta jenis Proton Iriz dihempap pokok dalam kejadian di Sungai Jerlok, Kajang di sini pada petang Isnin.

Hafisham berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.35 petang berkaitan kejadian.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 3.39 petang.

"Kejadian melibatkan dahan pokok dengan ketinggian 3 meter menghempap kereta yang diletakkan di tepi jalan," katanya kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.