Dua individu 'kantoi' curi tiga tangga aluminium

Tular di media sosial video memaparkan aksi dua individu mencuri tangga yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di sini.
Tular di media sosial video memaparkan aksi dua individu mencuri tangga yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di sini.
A
A
A

KLANG - Aksi dua individu dipercayai mencuri tiga unit tangga aluminium yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di sini terbongkar selepas perbuatan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku pada 18 November lalu kira-kira jam 7.10 pagi itu disedari pemilik rumah sebelum laporan polis dibuat berhubung kehilangan tiga unit tangga berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, hasil semakan rakaman CCTV mendapati dua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai mengambil tangga milik mangsa.

"Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu ketika tangga berkenaan diletakkan di hadapan rumah mangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan aksi dua individu mencuri tangga yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di sini.

Sementara itu, Ramsay berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara menerusi talian 03-3291 9614 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Shahril Hashim di talian 017-2407987," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!