Gua Musang mula dinaiki air

Paras air Sungai Galas menunjukkan peningkatan.
Paras air Sungai Galas menunjukkan peningkatan.
A
A
A

GUA MUSANG - Hujan berlarutan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah dan jalan perhubungan mula dinaiki air.

Antaranya adalah laluan berhampiran kawasan sungai seperti di Kampung Tiong dan Kampung Kerinting.

Paras Sungai Galas dan Sungai Nenggiri juga menunjukkan peningkatan apabila beberapa kawasan masih lagi hujan sehingga kini.

Beberapa minggu lalu, daerah ini mencatat suhu mencecah 38 darjah celsius dan tidak dibasahi hujan dalam tempoh yang panjang.

Artikel Berkaitan: