Pemuda maut Porsche terbabas

Anggota bomba yang terlibat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit pada Sabtu. Keadaan kereta jenis Porsche yang remuk akibat kemalangan tersebut pada Sabtu. - Foto JBPM
Anggota bomba yang terlibat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit pada Sabtu. Keadaan kereta jenis Porsche yang remuk akibat kemalangan tersebut pada Sabtu. - Foto JBPM
A
A
A

BENTONG - Seorang lelaki maut apabila kereta Porsche yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM)55 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala Kuantan di sini pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.52 petang dan seramai lima anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.

"Terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Porsche yang terbabas dan terdapat seorang lelaki dewasa meninggal dunia.

"Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat hidraulik yang mengambil masa kira-kira 10 minit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.