Tunjuk bukti jika wujud undi meragukan

Amirudin minta Farhash (kanan) kemuka bukti kepada JPP supaya dakwaan yang dibuat berasas dan bukan sekadar propaganda.
Amirudin minta Farhash (kanan) kemuka bukti kepada JPP supaya dakwaan yang dibuat berasas dan bukan sekadar propaganda.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meminta calon Ketua Cabang Gombak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengemukakan bukti dakwaan undi meragukan pada Pemilihan PKR 2022.

Amirudin berkata, beliau menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk menyiasat dakwaan itu.

Menurutnya, Farhash perlu mengemukakan bukti kepada JPP supaya dakwaan yang dibuat itu berasas dan bukan sekadar propaganda.

"Farhash perlu buktikan, saya tak tahu kerana saya tak terlibat dalam teknikal dan jawatankuasa JPP

"Saya sah seorang yang bertanding, tidak adil untuk saya mengatakan teknikalnya betul atau tidak, " katanya mengulas dakwaan Farhash bahawa proses undian PKR Gombak meragukan.

Beliau ditemui pada pelancaran Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor (SELPHAC) pada Selasa.

Sementara itu, Amirudin yang menang kerusi Ketua Cabang Gombak berkata, beliau terkejut dengan kemenangan besar di peringkat cabang dan pusat.

"Ini menunjukkan bahawa kepercayaan orang Gombak lebih majoriti kepada saya," katanya.