PM Britain terselamat undi tidak percaya

Boris Johnson
Boris Johnson
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menang dalam undi tidak percaya terhadapnya yang diadakan di Parlimen pada Isnin.

Undi tidak percaya itu diadakan berhubung isu parti sosial yang diadakan di dalam pejabat Perdana Menteri kerajaan semasa 'lockdown' dikuatkuasakan akibat pandemik Covid-19 pada tahun 2020.

Beliau juga menjadi Perdana Menteri Britain pertama yang didenda kerana melanggar undang-undang ketika memegang jawatan itu selepas didenda ekoran tindakannya menghadiri perhimpunan sosial semasa 'lockdown' dikuatkuasakan.

Johnson mendapat 211 undi sokongan manakala 148 lagi menentangnya.

"Sebagai kerajaan, kita boleh meneruskan dan memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting," katanya kepada pemberita.

Undian itu diadakan lebih dua tahun selepas parti Konservatif pimpinannya mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya umum.

Johnson, 57, memerlukan sokongan daripada 180 ahli Parlimen bagi membolehkannya terus memegang jawatan Perdana Menteri di dalam Parlimen yang mempunyai lebih 300 anggota Parti Konservatif yang memerintah. - Agensi