Muhammad Najwan Haqim diminta tampil bantu siasatan kes dadah

Muhammad Najwan Haqim
Muhammad Najwan Haqim
A
A
A

KEMAMAN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes dadah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Muhammad Najwan Haqim Isma'aon, 27, merupakan saksi perbicaraan bagi kes pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 19 Jun depan.

"Pihak polis memohon bantuan orang awam mengesan lelaki berkenaan yang merupakan pemilik kenderaan di mana barang kes (dadah) dijumpai.

"Sekiranya individu terbabit membaca maklumat ini sila tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hanif Effendi Kassim di talian 011- 51675886 atau boleh salurkan maklumat ke balai polis berhampiran.