Covid-19: Kes harian baharu bawah 2,000 sepanjang minggu

Kes harian baharu terus terkawal dan berada bawah 2,000 kes sepanjang minggu 28 Mei hingga 3 Jun 2022. - Foto hiasan
Kes harian baharu terus terkawal dan berada bawah 2,000 kes sepanjang minggu 28 Mei hingga 3 Jun 2022. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih sebulan selepas kerajaan melonggarkan protokol prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, kes harian baharu terus terkawal dan berada bawah 2,000 kes sepanjang minggu (28 Mei hingga 3 Jun 2022).

Pada Jumaat, sebanyak 1,844 kes harian baharu dilaporkan dan daripada jumlah itu, Selangor menyumbang sebanyak 813 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 375 kes, Perak 129 kes, Negeri Sembilan 112 dan Pulau Pinang 111 kes.

Negeri-negeri lain, Melaka (65 kes), Sabah (51 kes), Kedah (44 kes), Johor (39 kes), Sarawak (28 kes), Putrajaya (26 kes), Pahang (19 kes), Kelantan (14 kes), Terengganu (13 kes) dan Perlis lima kes.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatat sifar kes pada Jumaat.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (28 Mei hingga 3 Jun 2022):-

28 Mei (1,645), 29 Mei (1,155), 30 Mei (1,325), 31 Mei (1,451), 1 Jun (1,809), 2 Jun (1,877) dan 3 Jun (1,844).

Dengan 1,844 kes harian baharu, kes kumulatif Covid-19 Malaysia kini sebanyak 4,512,040.

Sebanyak 2,005 kes sembuh Covid-19 dilaporkan pada Jumaat, menjadikan kes kumulatif sembuh setakat jam 11:59 malam 3 Jun 2022 sebanyak 4,453,313 kes.

Secara keseluruhannya, untuk tempoh seminggu (28 Mei hingga 3 Jun 2022), kes harian baharu Covid-19 dalam negara menyusut sekitar 17 peratus kepada sebanyak 11,106 kes berbanding 13,449 kes untuk tempoh yang sama (21 Mei hingga 27 Mei).

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama ini juga, hanya terdapat dua kluster baharu iaitu pada 31 Mei, kategori kumpulan berisiko tinggi (Kluster Jalan Broga), melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dengan 23 kes positif Covid-19. Satu lagi kluster, pada 2 Jun (pendidikan - Kluster Jalan Ipoh), melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong di WP Kuala Lumpur dengan 34 kes positif Covid-19.

Ini menjadikan, untuk Mei 2022, setakat 3 Jun, terdapat empat kluster. Kluster lain ialah pada 22 Mei di Kinta, Perak (komuniti - Kluster Pulai Jaya), melibatkan 35 kes positif; pada 11 Mei di Serian, Sarawak (pusat tahanan - Kluster Dti Semuja 4) dengan 14 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 7,014 kluster sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat Jumaat, hanya tinggal empat kluster yang masih aktif.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai 'exit strategy' untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Protokol SOP Covid-19 pula dilonggarkan mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunakan MySejahtera.

Dengan sebanyak 4,512,040 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,011,433) dan Mexico (5,782,405).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Amerika Syarikat mencatat kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 103,221 kes, diikuti oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 82,160 kes dan Taiwan 76,564 kes.

Amerika Syarikat juga mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi dan setakat semalam sebanyak 1,033,369 kes.

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat jam 11:59 malam 3 Jun 2022 menunjukkan sebanyak 22,033 kes (95.6 peratus) dikuarantin di rumah daripada 23,046 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 25 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 961 kes (4,2 peratus) di hospital; 10 kes (0.0 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 17 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Rekod kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini adalah seperti berikut:-

*paras terendah 0.52 dicatat pada 6 Mei 2022.

*kembali melebihi paras 1.00 iaitu 1.05 pada 11 Mei 2022.

28 Mei (0.94), 29 Mei (0.90), 30 Mei (0.91), 31 Mei (0.90), 1 Jun (tiada maklumat), 2 Jun (tiada maklumat) dan 3 Jun (tiada maklumatt.

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 31 Mei 2022 adalah Sabah (1.03), Sarawak (0.98) dan Melaka (0.96).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

28 Mei (1,809), 29 Mei (1,975), 30 Mei (1,935), 31 Mei (2,071), 1 Jun (1,911), 2 Jun (1,715) dan 3 Jun (2,005).

* kes kumulatif sembuh sehingga 3 Jun 2022 sebanyak 4,453,313.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

28 Mei (25,218), 29 Mei (24,393), 30 Mei (23,779), 31 Mei (23,152), 1 Jun (23,048), 2 Jun (23,208) dan 3 Jun (23,046).

Perincian kes harian baharu (1,844 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 3 Jun 2022

* (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Negeri Sembilan 112 (+0), Perak 129 (+0), Pulau Pinang 110 (+1), Selangor 813 (+0) dan WP Kuala Lumpur 375 (+0);

K​​​​es harian baharu dua angka - Johor 39 (+0), Kedah 43(+1), Kelantan 14 (+0x), Melaka 65 (+0), Pahang 18 (+1), Sabah 51 (+0), Sarawak 28 (+0), Terengganu 13 (+0) dan WP Putrajaya 26 (+0);

Kes harian baharu satu angka - Perlis 5 (+0);

* Wilayah Persekutuan Labuan - sifar kes.

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

28 Mei - Kes baharu: 1,645 ; Kes kumulatif: 4,502,579; Kes import: 1

29 Mei - Kes baharu: 1,155 ; Kes kumulatif: 4,503,734; Kes import: 3

30 Mei - Kes baharu: 1,325 ; Kes kumulatif: 4,505,059; Kes import: 2

31 Mei - Kes baharu: 1,451 ; Kes kumulatif: 4,506,510; Kes import: 6

1 Jun - Kes baharu: 1,809 ; Kes kumulatif: 4,508,319; Kes import: 5

2 Jun - Kes baharu: 1,877 ; Kes kumulatif: 4,510,196; Kes import: 6

3 Jun - Kes baharu: 1,844 ; Kes kumulatif: 4,512,040; Kes import: 3

Sementara itu, kluster aktif untuk seluruh negara menurun kepada hanya empat setakat 3 Jun 2022. Jumlah kluster yang dikesan sejak pandemik Covid-19 sebanyak 7,014 kluster.

Untuk tempoh Rangkuman Bernama ini, hanya dua kluster baharu dikesan iaitu pada 31 Mei 2022, Kluster Jalan Broga (kumpulan berisiko tinggi) di daerah Hulu Langat, Selangor. Sehingga 31 Mei, KKM mengesahkan sebanyak 23 kes positif Covid-19.

Kluster kedua ialah pendidikan (Kluster Jalan Ipoh) pada 2 Jun, melibatkan daerah Titiwangsa dan Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur). Sebanyak 34 kes positif Covid-19 dilaporkan setakat ini.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

28 Mei - Tiada kluster;

29 Mei - Tiada kluster;

30 Mei - Tiada Kluster;

31 Mei - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1);

1 Jun - Tiada Kluster dan

2 Jun - 1 (pendidikan).

3 Jun - Tiada kluster.

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

28 Mei - 2 (BID 1), 29 Mei - 5 (BID 1 ), 30 Mei - 4 (BID 1 ), 31 Mei - 7 (BID 3 ), 1 Jun - 2 (BID 1), 2 Jun - 2 (BID 0) dan 3 Jun -1 (BID 0 ).

*Jumlah kes kematian sehingga 3 Jun 2022, sebanyak 35,681 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 534,750,202 (Rangkuman Mingguan lepas sebanyak 530,920,131) dengan 6,318,996 kematian (Minggu lepas 6,309,638 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 505,533,659 (Minggu lepas 501,496,528 kes).

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turkiye.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 86,450,603 (+103,221);

India 43,171,872 (+2,273);

Brazil 31,137,479 (+36,189);

Perancis 29,595,892 (+25,130);

Jerman 26,510,828 (+41,297);

United Kingdom 22,305,893 (+tiada maklumat);

Rusia 18,343,964 (+4,188);

Korea Selatan 18,343,964 (+12,522).

Itali 17,467,642 (+9,429)

Turkiye 15,072,747 (+tiada maklumat).

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,723,673 (+1,039);

Indonesia di tangga 19 - 6,056,017 (+372);

Malaysia di tangga 23 - 4,512,040 (+1,844);

Thailand di tangga 24 - 4,460,556 (+2,976);

Filipina di tangga 34 - 3,691,114 (+225);

Singapura di tangga 52 - 1,313,849 (+3,233);

Myanmar di tangga 80 - 613,355 (+tiada maklumat);

Laos di tangga 111 - 210,061 (+16);

Brunei di tangga 122 - 149,679 (+342) dan

Kampuchea di tangga 125 - 136,262 (+tiada maklumat).

- Bernama