Lelaki maut kereta rempuh tembok tol

Keadaan kereta yang dipandu mangsa selepas merempuh tembok tembok konkrit plaza tol di kilometer (km) 30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong pada Jumaat. Seorang lelaki maut selepas merempuh tembok konkrit di sebuah plaza tol di LDP. - Foto Bomba

A
A
A

PUCHONG - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya merempuh tembok konkrit di sebuah plaza tol di kilometer (km) 30.3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera bersama anggota serta pegawai dari Balai Bomba Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 petang.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton yang melanggar batu pembahagi plaza tol.

“Kemalangan itu mengakibatkan seorang lelaki, Sim Keng Siang, 51, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk urusan lanjut.