Ribuan hadir Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah Pahang

Ribuan yang hadir ke himpunan tersebut malam ini.
Ribuan yang hadir ke himpunan tersebut malam ini.
A
A
A
TEMERLOH - Lebih 3,000 membanjiri pekarangan Dataran Temerloh sempena Himpunan Perpaduan Kesatuan Ummah Negeri Pahang, malam ini.

Walaupun hujan seketika namun himpunan tetap berlangsung dengan lancar dan aman di dataran tersebut.

Himpunan anjuran Kesatuan Ummah Pahang (Kuip) dengan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu seluruh Pahang itu dimulakan dengan solat Maghrib diikuti kuliah, solat Isyak, solat hajat, selawat, ceramah dan pidato.

Ismail Sabri ketika menyampaikan pidato kepada orang ramai dalam himpunan tersebut.
Ismail Sabri ketika menyampaikan pidato kepada orang ramai dalam himpunan tersebut.



Himpunan disertai barisan Adun Pahang daripada Umno dan Pas antaranya Adun Lanchang, Datuk Seri Mohamad Sharkar Shamsuddin, Adun Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar dan Adun Beserah, Andansura Rabu.

Artikel Berkaitan:


Turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad dan Naib Ketua Muslimat Pas, Salamiah Mohd Nor.