Mengaku terima sumbangan pengganas Christchurch

Pemimpin kumpulan berhaluan kanan IBOe, Martin Sellner
A
A

VIENNA - AUSTRIA. Pasukan penyiasat Austria menyerbu apartmen milik pemimpin Pergerakan Identitarian Austria (IBOe), Martin Sellner awal minggu dan menyita telefon bimbit, laptop serta pelbagai alat peranti lain.

Serbuan itu dilakukan selepas Sellner didakwa menerima sumbangan sebanyak AS$1,700 (RM6,935) daripada pengganas kulit putih, Brenton Tarrant.

Pihak berkuasa turut mengesahkan wujud kaitan antara Sellner dan Tarrant.

Tarrant adalah dalang di sebalik serangan menyasarkan dua masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu.

Bagaimanapun, Sellner menafikan dirinya terlibat dalam serangan yang meragut 50 nyawa penganut beragama Islam itu.

Sellner menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial pada Isnin lalu mengaku menerima emel sumbangan wang daripada seorang lelaki bernama 'Tarrant.'

Dia mengaku membalas emel itu dengan ucapan terima kasih seperti yang biasa dilakukannya kepada penyumbang lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Austria akan membubarkan kumpulan berhaluan kanan itu sekiranya pasukan penyiasat memutuskan ia adalah pengganas. - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia