Covid-19: 1,323 kes baharu, empat kematian direkodkan

Sebanyak empat kematian direkodkan dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). - Foto Bernama
Sebanyak empat kematian direkodkan dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,323 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 467,925 kes setakat ini.

Menerusi laporan portal CovidNow pada Selasa, dua daripada kes baharu yang dilaporkan adalah kes import.

Portal itu turut melaporkan, sebanyak empat kematian direkodkan dengan satu daripadanya merupakan kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,669 orang daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini

Data tersebut turut melaporkan sebanyak 23,779 kes masih aktif atau atau 95.8 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 15 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Dalam pada itu seramai 954 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 32 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Setakat ini sebanyak 1,935 kes sembuh baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,445,611.