Remaja tikam ibu diikat jamin, masih trauma

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

PASIR PUTEH - Pelajar lelaki menikam ibunya dalam kejadian dekat Bukit Yong di sini, Selasa lalu, sudah dibenarkan bebas dengan ikat jamin polis, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, remaja berusia 14 tahun itu dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, semasa dibenarkan pulang, remaja berkenaan masih berada dalam keadaan trauma.

Beliau berkata, polis kini sedang menunggu laporan kejadian daripada ibu remaja berkenaan.

Zaizul Rizal berkata, ibu remaja berkenaan kini berada dalam keadaan stabil namun pihak polis memberi ruang dahulu untuk mangsa pulih sebelum menyambung siasatan.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, tindakan seorang remaja lelaki yang sanggup menikam ibunya menggunakan pisau dalam kejadian di Pasir Puteh, malam Selasa dipercayai akibat mengalami masalah halusinasi.

Dalam kejadian jam 11.45 malam pada Rabu, seorang wanita berusia 41 tahun parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, Pasir Puteh.

Artikel Berkaitan: