X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Anugerah LMA hasil aksi cemerlang The Reds

Klopp (tengah) bersama Fergusson dan pengendali skuad kebangsaan England, Gareth Southgate pada majlis berkenaan pada Rabu. - foto skysports
A
A

PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan kejayaannya merangkul anugerah Pengurus Terbaik (musim 2021/21) dari Persatuan Pengurus Liga (LMA) pada Rabu adalah hasil aksi cemerlang daripada kesebelasan The Reds.

Menurut Klopp, tanpa aksi cemerlang dipamerkan skuad kendaliannya itu sudah pasti dia tidak akan terpilih dan berdiri bagi menyampaikan ucapan sempena majlis penyampaian anugerah berkenaan.

“Apabila anda memenangi anugerah seperti ini ia sebenarnya merujuk kepada dua perkara; sama ada anda memang seorang yang benar-benar ‘bijak’ atau anda sebenarnya memiliki staf dan individu-individu yang hebat di sekeliling anda.

“Kebiasaannya, ia bukan disebabkan anda seorang yang ‘bijak; tetapi ia lebih kepada hasil kerja cemerlang daripada staf serta individu-individu berkenaan, apatah lagi bagi sukan berpasukan seperti ‘bola sepak’ anda memerlukan kerjasama semua pihak.

“Oleh itu, di pentas ini, saya mengakui, memiliki staf terbaik di dunia dan saya benar-benar menghargai segala kerjasama dan penat lelah mereka sehingga saya diiktiraf,” katanya dalam satu majlis yang diadakan di London.

Pada majlis tersebut, Klopp turut menerima penghormatan apabila anugerah itu atau dikenali sebagai trofi Sir Alex Fergusson disempurnakan sendiri oleh Fergusson.

Klopp - Foto Mirror
Klopp - Foto Mirror

Untuk rekod, Klopp menerima anugerah berkenaan setelah cemerlang mengemudi Liverpool untuk merangkul trofi Piala Liga, piala dan hampir memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini sebelum terpaksa akur dengan kelebihan satu mata dimiliki Manchester City yang terus mengekalkan trofi berkenaan di Etihad.

Malah, The Reds turut berpeluang untuk menambah koleksi trofi mereka musim ini apabila bakal beraksi berdepan Real Madrid pada final Liga Juara-Juara, Ahad ini.

Mengulas mengenai anugerah berkenaan, Klopp sememangnya tidak menduga menerima anugerah itu setelah mengharungi saingan EPL yang disifatkan sebagai saingan liga ‘gila’ musim ini.

Bagaimanapun Klopp lega kerana kesebelasan Liverpool berjaya mengharungi saingan liga berkenaan dan hampir dinobatkan selaku juara.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!