X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

MDEC nafi tawar kerja kosong melalui SMS

MDEC menafikan tawaran jawatan kerja kosong dan menegaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui SMS. - Foto Facebook MDEC
A
A

KUALA LUMPUR - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menafikan tawaran jawatan kerja kosong dan menegaskan pihaknya tidak menjalankan sebarang pengambilan pekerja melalui mesej pesanan ringkas (SMS).

MDEC dalam kenyataan pada Isnin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati menerima SMS yang tular didakwa menggunakan nama syarikat berkenaan.

"Kami telah dimaklumkan terdapat sistem SMS yang menyamar sebagai MDEC menawarkan kerja kosong kepada orang awam.

"Kumpulan ini beroperasi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada pihak MDEC,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai yang mahukan penjelasan boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan MDEC (CliC) melalui [email protected]

Orang ramai juga boleh melayari www.mdec.my atau laman sosial rasmi MDEC sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan dengan program, inisiatif dan peluang pekerjaan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!